SEMBUNYIKAN

Setelah Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang
cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang ,
sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124,
000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan
berkata: "Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang
lebih baik daripada aku?." Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud..
"Tidak" Kemudian Jibrail as berdiri serta sholat dua rakaat kerana
syukur kepada Allah swt, dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000
tahun....
Setelah selesai Jibrail as sholat, maka Allah SWT berfirman yang
bermaksud. "Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah
yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang
menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman
nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai,
namanya Muhammad. Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa
berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya
sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang,
pikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun
besar juga.
Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya sholat
mereka itu aku lebih sukai dari sholatmu itu. Kerana mereka
mengerjakan sholat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan
sholat bukan atas perintahKu. Kemudian Jibrail as berkata: "Ya
Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai
imbalan ibadat mereka?" Lalu Allah berfirman yang bermaksud. "Ya
Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal...
"Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga
Ma'waa. Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah
Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia
mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan
3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia
merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di
bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia
berkata dalam sujud: "Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak
perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?"
Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau
kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan
kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu
terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan
sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah
kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat
yang mereka kerjakan.... .
Marilah sama-sama kita pikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya
Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :
1. Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
2. Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
3. Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di
dalam Al-Quran.
4 Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan
Ramadhan.
5. Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam
solat (yang lima waktu).
6. Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat
didalam semua hari.
No comments:
Post a Comment